Aquasprite Theme Demo

Balik kampung

30 September 2008 , Posted by Syaheed at Tuesday, September 30, 2008

Salam Lebaran buat semua..

~ terima kasih kepada sahabatku, nazirah kerana menghantar ku sebelum pulang ~

Sekadar untuk perkongsian..tanggal 26hb,jam 6.30 pagi,NurIslam telah selamat sampai di bumi kelahiran tercinta iaitu bumi serambi mekah ( Kelantan ).Nurislam capailah hp untuk tepon mak. “tutt..tutt..tutt”..uwaa,umi xangkat.. “hmm..maybe umi n abah g maye subuh kat masjid kot..” aku monolog sendirian..so,tunggulah nurislam kat kota bharu nie. Lepas sorang-sorang yang balik..tapi nurislam tetap jugak setia menunggu..betollah pepatah arab menyebut “ Penantian itu satu penyeksaan “..hehe..jam dah tunjuk 7.30pg..umi n abah tak sampai-sampai lagi..

“ eh,bakpo ore ramai maghi KB ari nie?..” aku bercakap seorang diri.. “ ya allah, lupa hari nie hari jumaat, ada kuliah mingguan tok guru..haha, nie lah akibat aku dah lama tak balik kampong..”..hmm,rupa-rupanya ada hikmah jugak umi n abah datang lewat, boleh la nurislam keliling KB jup tgk suasana hari jumaat..untuk pengetahuan pembaca, setiap hari jumaat pagi , KB akan didatangi pelbagai jenis peringkat umur rakyat untuk mendengar ceramah dari tok guru..ini dah jadi satu tabiat orang Kelantan..even kalau tok guru tak dapat datang, insyaallah akan ada jugak pengganti yg akan menggantikan tok guru.

Dan pada kesempatan pagi jumaat ini jugak, penjual-penjual mengambil peluang untuk membuka gerai di tepi-tepi jalan..pelbagai jenis makanan, pakaian dan barang-barang yang di jual disini..ada sesekali nurislam sedikit tersentuh dan terharu dgn semangat mak cik- makcik tua ini yang sanggup memerah keringat menjual untuk mendapatkan sedikit rezeki di tengah tengah samudera panas..aku respect kalian semua!!..nurislam juga mengambil kesempatan yg ada ni untuk survey harga barang-barang di negeri kelahiran ku ni..ya allah, harga tetap sgt murah nak banding dgn negeri-negeri lain..pisang sesikat hanya RM1, serai dua ikat 50sen..alhamdulillah, aku bersyukur bergelar rakyat Kelantan..tepat jam 8.15pagi, umi n abah dah sampai..alhamdulillah..rupa-rupanya lepas solat subuh,umi n abah aku dgr kuliah subuh kat masjid dulu..patutla lama..hehe.. ( alhamdulillah,syukur padamu ya allah atas jagaanMU terhadap kedua ibubapaku..abah n umi, saya sayang kalian!! )..apa-apa pun,yang penting balik umah ni nak rehat jup.lama tak jumpa tilam emputku.:)..last but not least, Eid ‘Idulfitri to all my frens and all visitors.tq

~ Suasana pagi di sekitar tempat kuliah tok guru ~

~ di bangunan inilah berlangsungnya ceramah ~

~ Suasana di gerai-gerai jumaat ~

Currently have 0 comments: