Aquasprite Theme Demo

UCAPAN

Posted by Syaheed on 30 September 2008 , under | comments (0)




~SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA PENGUNJUNG BLOG NURISLAM.~

Balik kampung

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam Lebaran buat semua..

~ terima kasih kepada sahabatku, nazirah kerana menghantar ku sebelum pulang ~

Sekadar untuk perkongsian..tanggal 26hb,jam 6.30 pagi,NurIslam telah selamat sampai di bumi kelahiran tercinta iaitu bumi serambi mekah ( Kelantan ).Nurislam capailah hp untuk tepon mak. “tutt..tutt..tutt”..uwaa,umi xangkat.. “hmm..maybe umi n abah g maye subuh kat masjid kot..” aku monolog sendirian..so,tunggulah nurislam kat kota bharu nie. Lepas sorang-sorang yang balik..tapi nurislam tetap jugak setia menunggu..betollah pepatah arab menyebut “ Penantian itu satu penyeksaan “..hehe..jam dah tunjuk 7.30pg..umi n abah tak sampai-sampai lagi..

“ eh,bakpo ore ramai maghi KB ari nie?..” aku bercakap seorang diri.. “ ya allah, lupa hari nie hari jumaat, ada kuliah mingguan tok guru..haha, nie lah akibat aku dah lama tak balik kampong..”..hmm,rupa-rupanya ada hikmah jugak umi n abah datang lewat, boleh la nurislam keliling KB jup tgk suasana hari jumaat..untuk pengetahuan pembaca, setiap hari jumaat pagi , KB akan didatangi pelbagai jenis peringkat umur rakyat untuk mendengar ceramah dari tok guru..ini dah jadi satu tabiat orang Kelantan..even kalau tok guru tak dapat datang, insyaallah akan ada jugak pengganti yg akan menggantikan tok guru.

Dan pada kesempatan pagi jumaat ini jugak, penjual-penjual mengambil peluang untuk membuka gerai di tepi-tepi jalan..pelbagai jenis makanan, pakaian dan barang-barang yang di jual disini..ada sesekali nurislam sedikit tersentuh dan terharu dgn semangat mak cik- makcik tua ini yang sanggup memerah keringat menjual untuk mendapatkan sedikit rezeki di tengah tengah samudera panas..aku respect kalian semua!!..nurislam juga mengambil kesempatan yg ada ni untuk survey harga barang-barang di negeri kelahiran ku ni..ya allah, harga tetap sgt murah nak banding dgn negeri-negeri lain..pisang sesikat hanya RM1, serai dua ikat 50sen..alhamdulillah, aku bersyukur bergelar rakyat Kelantan..tepat jam 8.15pagi, umi n abah dah sampai..alhamdulillah..rupa-rupanya lepas solat subuh,umi n abah aku dgr kuliah subuh kat masjid dulu..patutla lama..hehe.. ( alhamdulillah,syukur padamu ya allah atas jagaanMU terhadap kedua ibubapaku..abah n umi, saya sayang kalian!! )..apa-apa pun,yang penting balik umah ni nak rehat jup.lama tak jumpa tilam emputku.:)..last but not least, Eid ‘Idulfitri to all my frens and all visitors.tq

~ Suasana pagi di sekitar tempat kuliah tok guru ~

~ di bangunan inilah berlangsungnya ceramah ~

~ Suasana di gerai-gerai jumaat ~

Syok

Posted by Syaheed on 24 September 2008 , under , | comments (0)



Salam..mmg syok!!hehe..semalam tgh cari lagu nasyid far east terbaru..pastu terjumpala satu web nie yang nama dia syok.org..memang syok sangat la coz mcm2 leh download kat c2..tak caya??cubalah..anda nak movie?nasyid?software?lagu?ebook?..sumer ada kat sana..NurIslam cadangkan sape2 yang jenis suka mendownload, layarilah web nie..coz dia memang SYOK!!:)

Kehilangan

Posted by Syaheed on , under | comments (1)




Salam Lailatul Qadar kepada semua umat Islam..


maaf coz beberapa hari blog ni tak t'update..seminggu nie NurIslam telah 'kehilangan' sesuatu yang amat berharga..tidak begitu pasti samada 'kehilangan' ni akan dapat dijumpai kembali atau sebaliknya..apa yang pasti,'kehilangan' ni telah menyebabkan NurIslam beberapa hari tidak tenang dan sedih..Ya Allah,moga 'kehilangan' dariku ini tertebus kembali dan aku kan mampu kembali seperti dulu.ceria,tenang,gembira, dan bahagia..amen..

p/s : NurIslam tak sabar nak balik kampung cuti raya nie..hari berbaki hanya 2 hari lagi..tetapi, dlm kegembiraan ini, terselit sedikit kesedihan kerana NurIslam telah 'kehilangan' sesuatu yang amat berharga. semoga 'kehilangan' ini akan diperoleh kembali sebelum NurIslam pulang berhari raya nanti..InsyaAllah.

Metafora

Posted by Syaheed on 19 September 2008 , under | comments (1)




Hmm..tertarik dengan lirik lagu dari kumpulan nasyid NICE nie..saje nak berkongsi :)

Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri

Lagu : Nazri Abdul Rahman (Nazz Music Entertainment)

Lirik : Ito Lara (Gurindam Entertainment)

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam..

malam nie merupakan malam yang ke 20 ramadhan..marilah sama2 kita mencari dan mengejar Lailatul Qadar di 10 mlm terakhir nie..Ya Allah..moga akan ku ketemu Lailatul Qadar pada tahun ini..amenn..

Nasihat Imam Syafi'e dalam mencari sahabat

Posted by Syaheed on 17 September 2008 , under | comments (0)



Nasihat Imam Shafie untuk mencari sahabat..
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Sedih

Posted by Syaheed on 16 September 2008 , under , | comments (0)





Hmm..hari nie hari paling sedih bagi NurIslam..posting NurIslam pada Ogos lepas telah menyebabkan beberapa ‘orang’ tersinggung. Ya, NurIslam terpaksa menanggung akibatnya..dan di sini NurIslam ingin memohon maaf atas kesilapan NurIslam. Sesungguhnya artikel berkenaan bukanlah bermaksud untuk menyindir atau mengata mana-mana pihak. Cuma ingin menjernihkan keadaan. Hmm..mungkin cara NurIslam silap..NurIslam akan perbaiki.harap individu tersebut tidak makan hati dan memaafkan NurIslam..sama-sama kita perbanyakkan doa robitoh. NurIslam teringat kata-kata seorang sahabat “Untungnya orang mukmin, semakin banyak masalah, semakin mustajab doanya. Bukan perjuangan tanpa kesulitan tapi dalam kesulitan tercatit ketenangan, kita tak sendirian kerana Allah sentiasa bersama..”..sahabat yang lain juga pernah berkata “ ukhuwah kita lebih dari yang lain..kita kena banyakkan doa rabitah, agar hati-hatu kita di ikat dgn iktan aqidah yang kukuh. Doa sahabat uyk sahabatnya yg lain tanpa pengetauannya itu ada keberkatan “..sekali lagi mohon maaf. wasalam

Nuzul Quran

Posted by Syaheed on , under | comments (1)



Salam hormat kepada semua,

Alhamdulillah, semalam telah selamat sampai dvd yang NurISlam tempah dari web monakas.com..dvd tentang bisnes..sangat bermanfaat kepada NurIslam sebagai newbie yang nak blajar tentang e-bisnes ni. Insyaallah , web bisnes NurIslam akan siap selepas raya yang akan menjelma tidak lama lagi.

Disini juga NurIslam ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yg ke – 21 kepada dua orang sahabat NurIslam iaitu Izyan Hazwani ( 14 Sept )dan Huzaifah ( 15 sept ) dan kepada kakakku Aribah juga sanah helwah 22:). Maaf terlambat wish..NurIslam mendoakan agar kalian sehat sokmo + di murahkan rezqi + istiqomah dlm perjuangan dakwah + di permudahkan Allah segala urusan. .

Akhir kalam , marilah kita menyambut kedatangan NUZUL QURAN esok dengan persediaan ibadah kita..moga-moga dlm fasa keampunan ni kita semua di ampunkan olehNYA atas segala dosa-dosa yang telah lalu + hari ini + akan datang. wassalam

HATI KERING

Posted by Syaheed on 15 September 2008 , under , , | comments (1)



Keringnya hati
sahabat sendiri sakit pon tak amik tahu

Keringnya hati
sahabat lapar buat-buat tak tahu

Keringnya hati
sahabat sedih kita gembira

Keringnya hati
sahabat dlm susah pun tak tolong

Keringnya hati
Masalah sahabat tak amik kesah

Keringnya hati
sahabat tegur semua tak betul

Sampai bile nak jadi hati kering?
Ya!!hati kering memang perlu
Tapi perlunya bertempat
Jangan sampai sahabat tiada atau meninggal dunia
Baru nak berubah..
Kerana ia sudah terlambat.
Berubahlah dari sekarang..!!
Sayangilah sahabat-sahabat anda.
EGO biar bertempat!

*p/s : NurIslam TAK PELIK kalau NurIslam ada kenal orang seperti watak di atas coz NurIslam rasa orang macam nielah yang menyebabkan NurIslam selalu ingat Allah. Terima kasih kepada mana-mana individu yang berkelakuan seperti dia di atas terhadap NurIslam. Moga Allah berkati hidup DIA.:)

PELIK??

Posted by Syaheed on , under , | comments (0)



Aku diam
Dia diam..
Aku cakap sepatah
Dia jawab sepatah..
Aku masuk
Dia keluar..
Aku pergi
Dia datang…
Aku bangun
Dia tidur..
Aku senyum
Dia masam..
Aku tertawa
Dia hanya diam..
Aku bercerita
Dia buat-buat tak dengar..
Aku tanya
Dia tak jawab..

TAPI
Kalau dengan awak,mereka dan kalian
Aksi dan respon DIA bertentangan sekali
Sangat berlainan dengan responnya terhadapku

KENAPA MACAM INI?
YA Allah..sampai bile aku di uji?
Mungkin aku ‘istimewa’ bagi dia
Sampai layanan terhadapku juga ‘istimewa’

YA!aku bahagia kerana aku ‘istimewa’ baginya.
Nak jadi ‘istimewa’ juga sepertiku?
RAPATI dan FAHAMILAH dIa
Sebagaimana rapatnya aku dengan insan ni.
Rapat ke??<>haha…

*p/s: NurIslam sayang semua sahabat2 NurIslam kerana tanpa sahabat, bagaikan nasi tak berlauk.KOSONG!.terima kasih kepada semua sahabat2 NurIslam kerana kalian telah menjadi pelangi kepada kehidupanku:)

Workshop

Posted by Syaheed on , under | comments (0)




Alhamdulillah..semalam telah selesai program Creative Dakwah Workshop yang dianjurkan oleh Ma’ruf Club dengan kerjasama Portal Ukhuwah.Com..terima kasih diucapkan kepada peserta-peserta serta instructor2 yang telah menjayakan workshop ini.tak dilupakan juga kepada semua komiti yang banyak berkorban serta bertungkus-lumus untuk program ini.moga selepas program ini, ukhuwah sesame kita bertambah erat,insyaallah. Kepada instructor2, kak Fatimah syarha ( Novel ), Kak Shida ( Blog ), Abg Ajil ( Photoshop) dan Azri ( Ulead),terima kasih sekali lagi kerana sanggup turun padang untuk berkongsi ilmu yang kalian ada. Moga Allah memberkati kalian dan mempermudahkan semua urusan kalian. Kepada semua peserta, kami di pihak komiti berharap kalian dapat mempraktikkan ilmu2 yang kalian dapat melalui workshop ini. Kalau ada masalah, kami sedia membantu walaupun program dah tamat.Alamak!!lupa nak sebut sorang lagi nama yang telah menjayakn workshop ini. Insan ni bernama Abg amin Idris. Beliau telah memberi suntikan semangat kepada semua peserta melalui tajuk talknya : Cabaran Da’ie Masa Depan. Fuh!! Tabik spring Nurislam bagi kat Abg Amin coz beliau mmg dapat sampaikan talk beliau dengan baik skali walaupun ada sedikit kesalahan ejaan dlm slide beliau…hehe…overall..tenkiu to all dan mintak maaf atas kekurangan dari pihak komiti dan NurIslam khususnya.

~Berkorban dlm Perjuangan untuk Kejayaan ~

Detik Kematian

Posted by Syaheed on 10 September 2008 , under , | comments (0)



Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu

Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri

Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya

Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian

Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi

Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang

Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?

Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam

Creative Dakwah Workshop

Posted by Syaheed on , under | comments (1)






Salam ..

Just nak promote satu program yang NurIslam handle under Ma'ruf Club UIA..program yang di beri nama Creative Dakwah Workshop yang akan diadakan pada 14 september nie...apa yang menarik dalam workshop ini ialah motiational talk oleh abg amin idris dari RK Training..belajar menulis dari Fatimah Syarha..belajar buat blog dari K.Shida Ukhuwah.Com..belajar buat video menggunakan ULEAD yang di ajar oleh Abg Syaari ( S/U Agong GAMIS )..Belajar membuat kartun dari Ana Muslim dan belajar Photoshop dari Fadli Alias ( Students Architecture UIAM )..Certeficate dan Makanan Iftor disediakan...Program ini juga mendapat tajaan dari Forum UKHUWAH.COM..bayaran hanya RM8 ( berbaloi sangat-sangat ) marilah sama-sama memeriahkan program ini..

P/S : Tahniah kepada sahabatku merangkap teman dan rakan,NAZIRAH ABU BAKAR kerana telah mendapat laptop barunya jenama acer 4175z Vista..selamat menjaga laptop dan gunakan laptop sebaiknyer:)

Kematian

Posted by Syaheed on 09 September 2008 , under , | comments (1)



Salam..

Allahuakbar..setelah lama NurIslam menyepi..malam nie tergerak hati,tergatal tangan untuk posting mala nie..hmm..kebelakangan nie NurIslam selalu mendengar tentang kematian..bermula dengan pemergian ayahanda tercinta Ust.Ridhuan Bakar, selepas itu pula di susuri pula dengan pemergian ayah kepada seorang sahabat Nurislam,NorAfizan Che Omar yang telah kembali ke rahmatullah 2mgu lepas..seminggu kemudian, datang plak berita kematian tentang nenek kepada sahabatku mashitah..3 hari lepas tue, dugaan ini datang kepadaku iaitu dengan pemergian nenek kesayanganku ke rahmatullah di sebabkan sakit lelahnya yang telah lama dihidap..setelah ayah kepada seorang sahabat, kemudian nenek ku..dan semalam,pergi pula seorang mujahidah bernama HAJAR IZHAM..perginya buat selama-lamanya menghadap Illahi..Al-FATIHAH buat semua..Semoga kalian semua berada bersama-sama para solihin..

Semasa pergi menziarahi arwah kak hajar, hatiku terdetik sedih dah gentar, mati tidak mengenal usia..aku pun belum tentu hidup hingga umur 60 – 70 tahun.belum tentu juga hidup untuk esok hari..ya allah..takutnya aku berbicara pasal mati..aku takut untuk mengadapMU ya Allah..kerana ku tahu amalanku belum mencukupi untuk ku kecapi syurgaMU..Ya allah..aku tak layak masuk syurgaMU..tetapi,aku juga tidak sanngup untuk berhadapan dengan api nerakaMU YA ALLAH..hapuskanlah segala dosaku yang lalu, hari ini dan yang akan dating..Moga2 aku istiqomah dlm jalan perjuangan ku ini..Istiqomahkan juga sahabat-sahabatku Ya Allah..Semoga apabila aku pergi MengadapMU,aku mati dalam keadaan bahagia dan tersenyum..aminn..sahabat-sahabat,maafkanku andai aku ada buat silap..kerana ku takut andai aku tak sempat untuk meminta maaf lagi kerana mati dating tanpa di jemput..Semoga kita semua hidup dalam IMAN,Mati juga dalam keadaan Islam dan BERIMAN..amenn..