Iman semut vs Iman Manusia
Salam optimis,
Sekarang ni,sy melihat keadaan dlm negara kita ni agak kelam kabut..dengan pemilihan agung UMNo yg tak berapa nak betul..dgn keadaan politik negara yg tak berapa nak stabil..dengan isu fatwa nyer yg rmi masyarakat kurang faham..dgn isu gejala sosial yg tak pernah kurang statistik jenayahnya..dan segala jenis masalah dlm negara ni..kebanyakan masalah nie sy boleh buat kesimpulan bahawa kurang nya iman dan aqidah umat Islam tu sendiri..cakap pasal iman nie saya nak bawak kisah tajuk entri sy kali ni mengenai iman semut dan iman manusia..
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa,apabila Nabi Allah Sulaiman nampak
seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana
semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang
tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau
yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH,
aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang
tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut,
berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkaugemar makan? Dan banyak mana
engkau makan dalam sebulan?"Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum
sebulan".
Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan
tak payah kamu melata di atas batu,aku boleh tolong".Nabi Allah Sulaiman pun mengambil
satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas;kemudian Nabi ambil
gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu.Kemudian Nabi tinggal semut
di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.Bila cukup satu bulan Nabi Allah
Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah
Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu
makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".Jawab semut:
"Aku tidak berbohong,aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan
apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan,kerana makanan itu aku cari
sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi
bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan
aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan.
Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati.
Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil.Bila ada orang mati, mayat terpaksa
ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu.Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah
dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam,
waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali
ini datang ke kubur untuk korek balik.Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah
di INTERVIEW oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur,50 kubur
sampai100 kubur. Lepas itu,penggali pergi kepada ImamSuffian dan bertanyakepadanya:
"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang ak u gali, dua sahaja yang mana
mayat di dalamnya masih berhadap kiblat.Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".
Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu
ditangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya
apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak,biasanya, iman dia
akan beralih.Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA,
ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU
MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN
APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU
BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
p/s: sama-samalah kita amik iktibar dan muhasabah dari cerita ini..wassalam
...............~~berjuang..berjuang & terus berjuang!!~~.........(^-^).
Innalillah
[ syafie bhgn tepi sekali belah kiri ]
p/s : kullu nafsin zaa iqotul maut...
berjuang.berjuang & terus berjuang.....!!
Tagging
Bismillahirrahmaanirrahim..
Hari ni saya ingin menjawab ‘tag’ yang saya kena dari adik junior sekolah dulu..nadiah abd aziz..sori dik,kak baru nak buat..hehe..neway,’tq’ for tagging me.(^-^)
1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Paling penting mestilah family.tanpa dorang,saperlah aku nieJ.yang kedua:Laptop..huhu..kalau rosak laptop ni rasa mcm gelap dunia..yerla,sumer benda ada dlm laptop nie..yang ketiga: sahabat.fuh..penting tak penting sahabat nie,once hilang sahabat,rasa mcam tak lengkap hidup ni:)
2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
Broadband..hehe..saje memberani kan diri even mahal..well..duit FAMA bg utk blanje harian sbnrnya..nak tgu duit sendiri xder lagi:)
3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?
Dasar laut..coz suasana dan pemandangan dlm laut ni comel.rasa cam best jer..kalau orang datang,leh la sambil2 bercuti ke dasar laut..kira cam program 2 dlm 1..hehe..
4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
As long as nobody can replace that special place for my love inside me. Waahh!
5. Adakah anda di lamun cinta?
Yup. Mula mencintai spesis2 kucing.nama kucingku dulu ‘MOKCIK’..dia lah paling lama dok kat umah ni..tapi lepas dia mati excident,dah xder hati nak pelihara kucing..kire cam frust bercinta gitulah:)
6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?
Restoren Satay Kajang Samuri..best woo..makan satay rusa..saje nak rasa alang2 dok kat kajang..
7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Saasatul Ibaad tulisan Faisal Tehrani.
8. Apakah nama penuh kamu?
Kalau nak tahu,..nah IC saya..nampak tak?..hehe
9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Mak. oh, umi.
10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Doraemon..sebab dia ada poket ajaib..doraemon ada pintu suka hati..nnt senang nak g mana2..xyah bratur beli tiket & dok dlm jammed jln lagi..sinchan pon nak jumpa gak..geram tgk gelagat dia..rasa cam nak cubit2 pipi dia:).
11.Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?
* actually,saya ramai sahabat..tak tertulis rasa nama mereka kat sini.kalau nak tulis 8 nama jer,x adil bg orang lain yang bergelar sahabat saya gak..sumernyer rapat..insyaallah..tapi kalau nak tahu gak..YM saya yer..kot2 mungkin anda adalah salah seorang sahabat yang saya maksudkan:)
12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
a’aa..mestilah basuh sendiri..i mean sy sndri yg akan uruskan ngan mesin basuh:)
13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?
Kalau dulu mcm nak g Syria..tapi sekarang sgt2 teringin nk g mekah..jelesnyer ngan abg..dia ada kat mekah skrg..dah byk kali dia dapat gi..uwaa..moga aku sampai disana satu hari nnt.insyaallah
14. Pelukan atau ciuman?
Hugs.
15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
♥ pakai spek
♥ adik yang sgt memahami
♥ sangat suka kucing
♥ Anak sulong..sangat caring:)
♥ Ketua Pelajar lepas batch saya..tak gitu dik:)
16. 8 perkara yang amat saya gilai
♥ Laptop-ditatang dgn penuh kasih sayang:)
♥ Chocolates-sejak dua menjak suka sgt mkn coklat
♥ Nasyid. –suka dgr nasyidfm
♥ Imam Abdul Rahman Assudais..suke dgr bacaan dia
♥ Design graphic-tak tahu camner leh minat
♥ Baca buku sejarah
♥ Nasi kerabu – lagi suka kalau makan hasil tgn sendiri
♥ Jalan jalan blog orang
17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
♥ Ooo,
♥ Okai
♥ Takpe2
♥ Deh
♥ Kot
♥ tak tau
♥ xder hal la
♥ Bereh2
18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
♥ Al-Qur'an (kire jugak kan?)
♥ Saasatul Ibaad
♥ Kunci Kejayaan MInda-pinjam ngan NurMukmin:)
♥ Tak ingat tajuk apa tulisan Dr.fadzilah Kamsah
♥ 7 Habits of Highly Effective People
♥ Buku komik Sinchan-hehe..minat sangat
♥ Sultan Muhammad Al-fateh
♥ Rahsia jutawan Internet Terbongkar
19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
*jup..nak ingat*
♥ "Taubat Seorang hamba-Irsyadee”
♥ "Egois- Mestica."
♥ "Stand up - Muadz."
♥ "Adakah Kau Lupa - Alarme"
♥ "Pemergianmu – Inteam "
♥ "Anugerah – Durrani "
♥ "Satu Hati – La Khauf "
♥ "KeredhaanMu – Inteam "
♥ "Andaiku pergi - Mirwana
♥ "Menanti di Barzakh – Far East”
19. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu
♥ The winner never quit..the quitter never win
♥ Silence is golden
♥ Knowledge raises the low, ignorance brings down the mighty
♥ Be tough - "engkaulah permata ayah bonda.."
♥ Dont judge the book by its cover
♥ What does not kill me, makes me stronger
♥ Hidup jangan susahkan orang
♥ Man jadda wa jada
20. Mari meng'tag' 8 orang lain.
♥ G.ah a.k.a NurMukmin – dia rajin online..so, saje nak bg keje kat dia wat tagging ni:)
♥ Helangsenja – orang yg selalu online
♥ Soal Hati :)
♥ IzzahUlfah – buat yer kak:)
♥ MutiulHaq – sori..kena tag
♥ dan kepada sape2 yang rajin menyiapkan tag, silelah :)
P/s: bleh tahan jugak nak siapkan tag nie..neway, dik, akak dah siap dah wat tag untuk kesekian kali nya..hehe...lalalala
Cuti-cuti Malaysia
Salam Optimis
Hmm..cuti-cuti nie saya agak sedikit malas untuk meng’update’ blog nie..tapi kali ni menggagahkan diri gak untuk mencoret walaupun sedikit..bak kata Dr.’Aidh Abdullah AlQarni, kita kena cuba menghasilkan karya walaupun kita tak berbakat..kalau kita tengok ulama’ dulu.kehebatan mereka terserlah kerana karya dan penulisan mereka..Ibn Taimiyyah menulis empat topik dlm sehari dan setiap buku diselesaikan dalam seminggu. Buku beliau menjadi rujukan lebih daripada 1000 penulis lain..hebat kan??aku??huhu..insyaallah..BAKAT bukan dicari,bukan dinanti.
[ Gambar kenangan bersama pengantin]
Cuti-cuti nie ramai gak orang buat kenduri kahwin..k.nadiah suhane baru jer selamat melangsungkan majlisnya.Alhamdulillah.yang menanti plak k.nurul syuhadah shuib yang akan melangsungkan perkahwinannya pada 10/12/08 ini..kak muakhahku,moga hidupmu bahagia
Sebenarnya cuti ni banyak bende nak kena buat, tapi diri ni tak begitu teruja untuk membuat sebarang kerja..allahuakbar!!mana hilang semangatku.huhu.
Tadi ziarah blog seorang sahabat..dapatlah sedikit semangat dari blog beliau..betapa diri kita ni banyak tanggungjawab yang perlu dipikul dan terpikul yang mana perlu dilaksanakan..aduh!takutnya..bila pikirkan apa yang aku dah buat selama ni..ibadah apa yang boleh aku bawak jumpa Allah nanti..adakah segala amalan kebaikanku dikira oleh Allah atau ibadahku zero..kalau aku mati ni adakah orang akan menangis atau gembira dengan pemergianku atau pemergianku nanti tidak memberi kesan sekelumit pun terhadap orang sekeliling..Ya Allah,takutnye..astaghfirullahal’azim..bila fikirkan banyak nya gelak tawaku di dunia,mungkinkah aku akan byk menangis di akhirat nnt..nauzubillah..moga aku tergolong dalam hambaMU yang soleh..amenn..end
~Berjuang..berjuang & terus berjuang..~
SAHABAT
Salam optimis,
ukhwah yg dibina
antara kita,
biarlah seperti
seutas tasbih,
ada awal,
tiada penghujungnya...
dicipta utk mengingatiNYA,
dibahagi utk cintaNYA,
diratib demi redhaNYA...
Sahabat...
Jika hari ini
daku terlalu gembira,
Sedarkanlah daku
dgn amaran2 Allah...
Jika daku
bersedih tanpa kata,
Pujuklah daku
dgn tarbiyah Pencipta...
Jika daku
lemah tiada berdaya,
Ingatkanlah daku
dgn kehebatan Syurga...
Jika antara kita
ada tembok
yg memisahkan,
Ajaklah daku
utk meruntuhkannya segera...
Jika pernah
hati mu terluka,
Luahkanlah
agar daku berubah...
Dan jika esok
daku terlena
tanpa terjaga,
Iringilah daku
dgn kalungan doa...
p/s: selamat Pengantin baru saya ucapkan kepada sahabat saya Siti Nadiah Mohd Suhane yg akan melangsungkan perkahwinan pada 22 nov 2008..moga dirimu bahagia bersama suami tercinta..dan moga rumah tangga dirahmati olehNYA..amenn:)
~~...berjuang,berjuang & terus berjuang.....~~
Produk PERCUMA lagi!!
Salam jutawan buat anda,
alhamdulillah,kita bertemu kembali..hari nie saya dapat satu emel dari sahabat saya..dia ada bagi link tentang satu produk percuma yang amat bernilai buat anda yang berminat untuk menceburi bisnes internet..dapatkan sekarang sebelum tarikh tutp..produk ini baru sahaja dilancarkan semalam..JANGAN LEPASKAN PELUANG!!klik disini
Bagaimana untuk mendapat & mempengaruhi kawan
SALAM OPTIMIS,
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit tips yang saya dapat dari pembacaan buku seperti tajuk entri ini..buku ini telah diterjemahkan dari bahasa inggeris hasil penulisan motivator terkenal DALE CARNEGIE..apa tips nya??kat sini saya letak 6 tips bagaimana untuk kita memperoleh kawan dan juga mempengaruhi seseorang : )
1) Tunjukkan minat anda terhadap orang lain
* ekspresikan riak wajah anda apabila bercakap atau berbual dengan seseorang.Cuba tunjukkan yang anda berminat dengan apa yang diceritakan oleh kawan anda.
2) Tersenyumlah
* hmm..kuasa senyum memang hebat..dan senyumlah sedekah yang paling mudah..oleh itu,murahkan senyuman walaupun ketika anda dalam kemuraman:)
3) Ingat nama seseorang
* haa..yang nie bagi saya paling susah nak buat..kelemahan saya adalah mengingati nama orang..insyaallah, saya sedang cuba memperbaiki kelemahan saya nie..tips nie sangat berkesan kerana orang lain akan menghargai kita jika kita ingat nama dia..nak2 lagi kalau kita eja nama dia betul coz ada sesetengah orang sangat menitik beratkan pada ejaan nama..jadi,cuba ingat nama seseorang yang anda jumpa.:)
4) Jadilah pendengar yang baik
* Cubalah jadi pendengar yang baik..jangan hanya jadi pemidato ang hebat tapi skill mendengar kurang di gilap..orang akan menyukai kita jika setia mendengar celoteh dan cerita dia..pendengar yang baik adalah dengan memberi respon dan menunjukan yang anda berminat dengan apa yang dikongsi oleh kawan kita.renung mata kawan kita tue.kerana dari mata orang boleh baca hati..ceewahhh!!hehe
5) Bercakap tentang minat seseorang.
* cuba berbicara tentang minat kawan kita..mesti dia akan tertarik punye..kalau kita asyik dok cerita minat kita tapi sebaliknya dia tidak minat..memang kita xkan berjaya mempengaruhi orang lain.
6) Buatkan orang rasa diri dia penting buat kita.
* tips nie memerlukan keikhlasan hati..jangan hanya pandai buat ayat berbunga memuji dan memuja kawan kita, sedangkan dalam hati kita mengatakan tidak..latih diri untuk membuat ayat penghargaan agar orang lain rasa dihargai dan penting buat anda..
> setakat nie dulu yang saya dapat kongsi..cuba amalkan tips ni..moga2 kita dapat membina rantaian sahabat yang panjang..tapi AWAS!!jika diri anda ini penuh dengan sikap pentingkan diri,sombong,ego dan sebagainya yang mana anda rasa anda tak dapat mengubah sikap anda ini,percayalah, anda tidak akan ada ramai kawan..jika anda rasa anda selesa keseorangan, teruslah dengan sikap ego,sombong,pentingkan diri dan sebagainya kerana mungkin dengan mengamalkan sikap ini anda rasa anda bahagia walaupun mungkin orang lain sengsara..k, i've got to go..mungkin blog ini tidak dapat di update selama seminggu atau lebih kerana saya ada program dan juga cuti semester:)..insyaallah,ada jodoh kita bertemu di entri yang akan datang.wassalam.
......~~berjuang..berjuang & terus berjuang!!~~........
GEram!GEram!Geram!!
Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar
Pagi-pagi lagi saya on internet..saja nak baca isu-isu dan lawat blog-blog sahabat yg lain..hmm..antara tajuk yang menarik perhatian saya adalah mengenai isu tomboy yang mana majlis fatwa kebangsaan mengeluarkan hukum HARAM bg perempuan menyerupai lelaki ( penkid @ tomboy )..dan saya memang sangat2 bersetuju dengan fatwa ini kerana Allah telah berfirman didalam kalamNYA : " Dan Tidaklah pantas bagi laki-laki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, apabila ALLAH dan RasulNYA telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada pilihan yang bagi mereka tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan rasulNYA, maka sungguh, dia telah tersesat, dengan kesesatan yang nyata." - alAhzab : 36. Ya!Allah telah menetapkan bahawa penciptaan laki-laki dan perempuan ni adalah sejak azali lagi..haram bagi sesiapa yang mengubah ciptaan Allah nie.
Sebenarnya penkid dan tomboy telah lama menjangkiti dan bernanah dalam masyarakat malaysia terutama dikalangan remaja.dan disebabkan terlalu banyak kes dan gejala tidak elok berlaku sejak akhir-akhir ni,Majlis Fatwa Kebangsaan telah berbincang lalu mengeluarkan fatwa ini walaupun sebenarnya telah lama keputusan ini "DIPUTUSKAN" oleh ALLAH...
apa itu fatwa?
dari segi bahasa ia bermaksud memberi jawapan/penjelasan bagi sesuatu masalah agama dan dari segi istilah pula bermaksud penjelasan mengenai hukum syarak oleh Mufti bagi sesuatu masalah agama berdasarkan dalil syarak sebagai jawapan kepada sesiapa yang bertanya, baik secara sendirian atau berkumpulan..
apa yang kurang memuaskan hati saya adalah mengenai demonstrasi yang dibuat membantah pengeluaran fatwa ni..Allahuakbar!yang lagi memanaskan hati saya adalah yang membantah adalah kebanyakannya adalah non-muslim..eii..geram!!100x..ok,jangan emo ye! kita guna emotional quotion..kepada sahabat-sahabat non-muslim, for your info, this fatwa is not for YOU but only for MUSLIM because it is about my religion (ISLAM)..Islam forbit us to be like man or man be like woman..so, please, dont interrupt our religion and dont make us HATE and ANGRY with YOU..you can be penkid,pencake,tomboy,or tom & jerry,BUT please dont influence other MUSLIM to be like YOU..1 more thing, please respect our ULAMA'..if you want us to respect your religion, please respect us first..dont play-play with me hah!!
Kepada sahabat-sahabat penkid & tomboy yang beragama ISLAM..terima & patuhilah fatwa ni..ini bukanlah arahan atau hukum dari MAJLIS FATWA, tapi yang penting, ini adalah ARAHAN dari ALLAH..yea!mmg bukan mudah untuk berubah ,tapi berubahlah untuk menjadi MUDAH dengan ALLAH..
kepada ibu bapa di luar sana..janganlah menggalakkan anak-anak anda menjadi seperti lelaki atau lelaki menjadi perempuan, cubalah didik anak-anak menjadi insan yang sempurna..jangan disebabkan terlalu sayang,sampai takut untuk menegur anak-anak..xper,jgn takut dengan anak,tapi takutlah dgn ALLAH kerana anak-anak adalah amanah dari ALLAH..
kepada yang terasa dengan artikel nie,padan muka!!memang artikel nie untuk membuat anda terasa..ya!Biar TERASA untuk berubah..ok sahabat-sahabat, saya akan sokong perubahan anda..tapi dengan syarat berubahlah ke arah yang lebih baik!!salam optimis..(^-^)
.......~~Berjuang..berjuang..& terus berjuang!!~~...........