Aquasprite Theme Demo

Buku Oh Buku

Posted by Syaheed on 06 December 2008 , under | comments (0)



Salam Optimis,

2 hari yang lepas,saya ada terima emel dari Dr.Irfan Khairi (jutawan internet), dia ada bagi sedikit kata-kata motivasi untuk saya dan juga sedikit ulasan tentang azam 2009..apa yang menarik nya,dia membincangkan mengenai PEMBACAAN..bila cakap pasal membca ni,agak2 berapa buah buku dah kita baca setakat ni?Dr.Irfan ada membuat sedikit perkiraan matematik..bayangkan kalau sehari tu kita luangkan hanya 1 JAM untuk membaca ( 1 jam je pun,tak lama,kalau main games kita boleh berjam-jam,why not just 1 hour for reading? )mungkin dalam seminggu kita boleh habiskan 1 atau 2 buah buku..so, kalau 1 buah x 4minggu x 12 bulan = 48 buah buku kita dapat baca dalam 1TAHUN..banyak sangat??oklah,paling kurang 40 buah..hmm,saya kira sudah banyak..itu pun kalau kita btol2 istiqamah dan berdisiplin dalam membaca..bila saya muhasabah diri, ye, saya pun agak kurang membaca..anda bagaimana??mungkin kita sama2 boleh masukkan dalam azam 2009 kita target berapa buah buku yang kita akan baca..saya malas la nak hurai tentang statistik pembacaan di kalangan rakyat Malaysia ni..even mahasiswa sendiri pun tak de kesedaran membaca..huhu..bak kata nabil “ LU PIKIRLAH SENDIRI” (^-^).
Hmm..cakap pasal membaca & pembacaan ni, ptg tadi saya pergi ke Syarikat Muda Osman ( sebuah kedai buku ) untuk membeli buku rujukan ADD MATH untuk adik saya..hmm,sedikit kelemahan saya ni, kalau g kedai buku, mesti gile sakan membeli buku..huhu..hari tu baru beli 2 buah buku “ ABU BAKAR SAHABAT NABI “ & “SAASATUL IBAAD”( dua2 in progress untuk habiskan )..kali ni beli 3 buah buku plak..tajuknya “ DILEMA MELAYU ISLAM-kurang fikir atau kurang zikir ( Pahrol mat Juoi) ”, “ kenapa saya tidak BERFIKIR BEGITU ( Ainon Mohd & Abdullah Hassan )”, & “ Cara BERDAKWAH dgn EFEKTIF ( Abdullah Hassan )”..semuanya best2 tau..

Ok,kat cni saya nak kongsi sedikit synopsis tentang buku2 tersebut :



1)Dilema Melayu Islam : Kenapa kita perlu baca buku ni?

*untuk menyumbang ke arah penyelesaian dilemma Melayu-Islam yang seolah-olah terpaksa memilih sama ada memperjuangkan agama atau bangsa sedangkan Islam dan melayu mampu diamrtabatkan secara bersepadu.
*memberi pandangan diluar kotak pemikiran untuk membangunkan ummah dengan sejajar pelaksanaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah,peranan hamba dan khalifah,kesepaduan ilmu naqli dan aqli,berlandaskan kesucian zikir (bersih hati) dan kekuatan fikir (ketinggian teknologi)
*menjelaskan pelaksanaan politik sbg ibadah utk member kekuatan baru keapda pemimpin melayu kea rah pembentukan generasi yg lebih berintegriti & kompetensi sbg peneraju kepimpinan masa kini…
*dan byk lagi yg akan kita dapat melalui pembacaan buku ni..nak tahu?nnt sy akan kongsi bilamana sy dah habis baca..insyaallah.

2)KENAPA SAYA TIDAK BERFIKIR BEGITU?

*Buku ini menerangkan cara-cara sebuah organisasi dapat memupuk dan mengurus bakat kreatif yg ada dikalangan ahli.



3)Cara BERDAKWAH dgn EFEKTIF :

*mengupas mengenai teori-teori serta tips yg perlu difahami dan diketahui oleh pendakwah moden yg mahu mendorong perubahan tingkah laku lebih efektif…
Haa..tulah sedikit synopsis buku-buku yg baru sy beli..k, lah..tak sabar nak baca dah ni..nnt kita jmp di entri yg seterusnya..ops,b4 that ,sy sbnrnya in proses merangka azam 2009 sy..anda bagaimana??jom,kita sama-sama merancang..Jup!sebelum merancang, buat dulu SWOT diri untuk kenal apa kelebihan n kelemahan kita utk kita perbaiki pada tahun 2009 nnt..SWOT??apa tu??nak tahu??tunggu entri sy yg akan datang…stay tuned!!zasss

~~…Berjuang..berjuang..& terus berjuang..~~

Jom!!Rebut PANGKAT istimewa ini:)

Posted by Syaheed on 01 December 2008 , under , | comments (0)



salam optimis,

"yea!!yea!!...posmen maghi.."adikku amy menjerit..dia pon berlari-lari g amik surat.dia ingatkan surat result exam dia la tu..rupe2 nyer surat cinta untuk saya.tq dik tlg amikkan..hehe..surat CINTA?ecehh..secret admire hantar..well..u know me:)..percaya ke?hehe..sebenarnya surat jemputan walimah daripada kak senior sekampus,kak Wan Nur Hafizah Wan Aziz dgn pasangannya Mohd Nuzul Ridhwan Mohd Nathani..yg akan berlangsung pada 11hb disember ni..adush..jadual full dgn jemputan walimah jer..saya bile plak?eceh..tungguuuu...:)

eh,apa kaitan tajuk PANGKAT dgn walimah nie plak??haa..sempena sahabat-sahabat saya yang baru dan akan bergelar isteri kepada seorang suami ni,saya ingin memberi sedikit tips ? bagaimana untuk mendapat pangkat isteri solehah:)


Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kita kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga,iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu,puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita ni.Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk.Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya
dengan tali (disuruh membuat itu dan ini).ish3..

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu
amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh.Isteri yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan
kedudukannya di dalam syurga.best kan?nak jadi camtu tak?haa..rebutlah pangkat ni..

Pangkat wanita solehah yang bertaqwa ni tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Senang ke nak dapat pangkat ni?ish3,susah sahabat2..Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Ayuh sahabat!!Kita banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata,telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan.Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.moga-moga kita semua tergolong dalam kalangan mereka..amenn

p/s : time taip entri nie,kepala asyik dok teringat nasyid Isteri Solehah nyanyian daripada grup The Zikr..terharu sangat lagu tu..:)

~~BErjuang...Berjuang..& terus berjuang..~~