Aquasprite Theme Demo

Download

Posted by Syaheed on 31 July 2008 , under | comments (0)



Ruangan ini di sediakan untuk anda men'download' apa sahaja bahan,artikel,ebook atau software yang saya sediakan khas untuk anda secara percuma.Semoga ruangan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua kerana Erti Hidup adalah Pada Memberi.

SOFTWARE

1) Remove WGA - Untuk hapuskan Window Genuine

EBOOK

1) IQ
2) Rich Dad Poor Dad
3) Panduan Blog Adsense

My Portfolio

Posted by Syaheed on 30 July 2008 , under | comments (0)



Ruangan ini di sediakan untuk saya berkongsi portfolio saya seperti design banner , poster dan sebagai nya.Semoga ruangan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua kerana Erti Hidup adalah Pada Memberi.

*Harap maaf. Ruangan ini masih dalam proses pembinaan.Sila datang lagi:)

SAHABAT..PERJUANGAN & PENGORBANAN

Posted by Syaheed on 28 July 2008 , under | comments (0)



SAHABAT..
Insan yg sangat bermakna
Bila tiada
Rasa sunyi
Bila sedih
Rasa pun pedih
Bila jauh
Rasa rindu

Jika kamu ada sahabat
Jagalah sebaiknya
Kerana
Sahabat yg baik
1 dalam 1000

PERJUANGAN..
Perkataan keramat
Yang sukar diterjemah
Oleh diri yang hina
Lagi berdosa

Perjuangan..
Bukan hamparan
Kain merah
Mewah
Senang lenang

Tetapi..
Perjuangan
Penuh onak duri
Cabaran
Dugaan
& ujian
Adalah makanan ruji

PENGORBANAN..
Susah dilakukan
Pahit ditelan
Perlukan kekuatan
Ibadah & amalan
Jadi sandaran

SAHABAT,PERJUANGAN & PENGORBANAN,
Perlu seiringan
Kerana,
Tanpa sahabat
Hidup tak kuat
Tanpa perjuangan
Hidup tak bermatlamat
Tanpa pengorbanan
Hidup tak ada nikmat

JADI,
Aku,kamu dan kita
Perlu seiring bersama
Menuju redhaNYA
Kerana
Erti Hidup pada MEMBERI..

Nukilan,
NurIslam
28/07/08
1.03ptg

usrah 2

Posted by Syaheed on , under | comments (0)



Salam kejayaan..
Alhamdulillah..semalam aku baru menghadiri satu program penyelarasan usrah..antara penceramah yang hadir ialah k.aina bajuri ( mantan amirah GAMIS ) dan juga ustaz zulkhairi ( Presiden Gamis 07/09 )..satu kupasan dan persoalan yang sangat hebat disampaikan oleh kedua2 penceramah ini..aku sgt kagum dgn dua individu ini..usrah?kawan2 tahu kan apa itu usrah? Usrah ertinya keluarga..so,bila kita sebut keluarga it’s mean that kita sgt rapat..
Best ker join usrah nie?bunyi jer cam takut jer…apa faedah join usrah nie yer?kenapa kita perlu join mendalah nie? Haaa..nie lah persoalan2 yg slalu bermain di fikiran2 sesetengah orang yang tak biasa join usrah..sahabat2,mailah kita join usrah..aku leh kata BEST giler..tapi korang jgn takut coz korang tak kan jadi giler punyer..hehe..ok,untuk sahabat2 yg lom penah join..kenapa aku kata join usrah nie best coz time nie lah korang dapat kenal sahabat2 len..first2 mmg tak biasa..tp lama2 korang akan jadi mcm adik beradik.
Dlm usrah la kita kongsi masalah2,pengalaman2 hebat n suka duka kita dlm kehidupan seharian..dlm usrah kita akan rasa tenang jer..rasa hepi..rasa dihargai..rasa kita nie ramai kawan yg caring..dan mcm2 lagi..nak rasa sume korang kena lah join..ilmu yg kita dapat dari usrah jugak kita xkan dapat dlm kuliah..kenapa perlu join?coz kita nie hambaNYA dan juga khalifah di bumi ni.. dimana kita perlu melaksanakan kerja kita nie sebagai khalifah sampai kita kembali kepadaNYA..k,moga dgn sedikit perkongsian dari aku nie korang akan berminat untuk join..insyaallah..ikatan ukhuwah dlm usrah nie akan kekal berpanjangan hingga kita mati dgn syarat kita berukhuwah hanya keranaNYA..wassalam.

usrah

Posted by Syaheed on 26 July 2008 , under | comments (1)



alhamdulillah..pada 24hb ari tue,berjaya jugak aku bersama sahabat2 yg lain mengadakan usrah buat kali pertama semester 1 ni..seronok sangat rasa..dapat bertemu sahabat & k.uzaimah ( naqibat )..byk input lama dan baru aku dapat..k,nak gi teman kawan beli digicam jup..nnt aku citer panjang lebar lagi..nie aku dok kat cafe maryam (wireless free katakan )..kepada wanna..tq coz sudi lawat blog aku nie..sebab ko aku update..hehe..k,see ya!

Ukhuwah

Posted by Syaheed on 10 July 2008 , under | comments (0)



kawan...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku nak suruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis bersamamu... tapi tak leh ramai sgt..nanti habih airmata aku...
kawan...
jika terasa tiba2 nak melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan suruh kau berhenti..tapi..mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai... tapi jangan laju sangat lari tak larat aku nak kejar..
kawan..
jika tiba2 kau ditinggalkan kekasih..
beritahulah aku..
aku tidak akan memakihamun pada sesiapa..
tapi..aku akan cuba buat kau cintai diri kau sendiri...
kawan..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..tapi..terimalah segala ketentuan Allah... dan belajar untuk cintai mereka..
kawan..
jika kau kecewa dengan perkahwinan kau suatu hari nanti...
ceritalah pada aku..aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...

Tetapi kawan...jika suatu hari aku berdiam diri..aku tidak membalas message mu..aku tidak angkat panggilan darimu...hubungilah aku segera...sebab waktu itu aku..aku mungkin perlukan kau...atau aku sudah tiada lagi didunia ini...............
jadi andai ini suratan buatku kalian doakan kesejahteraanku di dunia abadi kerana mungkin doa kalian mampu menemani aku di alam yg berbeza itu..
Apapun kawan..segalanya ketentuan Illahi buat kita yg bernama manusia..carilah, kecapilah manisnya mahabbah fillah yg Allah utuskan dlm persahabatan yg seketika ini..
sayang fillah buat sahabat2ku yg jauh dimata..dekat dalam munajatku padaNya..winking

"Hanya Seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya".