Aquasprite Theme Demo

Review on refererX

Posted by Syaheed on 25 January 2009 , under , | comments (5)



anda nak tak kalau blog anda ramai traffic setiap hari??
anda nak tak blog anda ramai pengunjung??
pernah tak blog/web anda capai 1000 pelawat sehari??

HAA..posting kali ni saya nak promote satu software yang dapat membantu anda tingkatkan trafik tanpa anda perlu promote lebih2 atau tinggalkan pesanan di shoutbox..best kan??tak perlu bazirkan masa,tak perlu bazirkan wang dan macam2 lagi anda dapat berjimat jika anda miliki sofware ni..apa nama software tu?? .....refererX...tapi sebelum anda teruskan membaca,saya nak nasihatkan,kalau anda seorang yang tak nak tanggung risiko,penakut dan sbg nya,JANGAN baca lagi ayat seterusnya.sila close blog ni:)

saudara azlan,seorang yang pakar dalam membuat software ni telah mencipta software hebat ni untuk memudahkan kita dlm menambahkan trafik ke web atau blog kita tanpa perlu membazirkan banyak wang,masa dan tenaga..apa kelebihan software ni??argghhh,kalau nak tahu sangat kelebihan software ni,anda boleh rujuk sendiri di web dia di sini..bukan tak nak bagitau kat sini kelebihan dia,tapi tak larat nak taip,coz mmg banyak sangat kelebihan software ni..kalau anda seorang yang berfikiran jauh dan bijak,saya rasa anda akan pergi sendiri ke web tu untuk tahu lebih lanjut..lain lah kalau anda seorang yang takut menanggung risiko,tak berani berubah,dan malas membaca, saya tak galakkan anda untuk tahu lebih lanjut pasal software ni..k,malas dah nak taip byk2, boleh baca lagi disini..wassalam

Alhamdulillah,PRK 08/09 sudah selesai

Posted by Syaheed on 23 January 2009 , under | comments (0)



[SEBAHAGIAN MPP & penyokong bersorak gembira setelah diumumkan keputusan PRK UIAM sesi 2008/2009 semalam.]


Alhamdulillah,setelah sekian lama kita semua menunggu untuk memilih pemimpin SRC kita yang baru,semalam telah selesai semuanya proses pengundian selepas pengumuman di buat oleh Election Commissioner, Dato' Hamidon Abd Hamid kira-kira 6.35 petang semalam.setelah lebih kurang 123hari SRC 07/08 dibubarkan,akhirnya barisan kepimpinan baru sesi 08/09 akan dibentuk tidak lama lagi.saya secara peribadi mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon yang menang..semoga segala manifesto yang dijanjikan dapat di tunaikan dengan sempurna.beristighfarlah kepada allah kerana amanah ini adalah dari allah yang akan di soal olehNYA 'disana' kelak.dan kepada calon yang tewas, bersyukurlah kepada allah kerana anda tidak terpilih untuk menanggung amanah yang berat ini.Setinggi tahniah juga kami rakamkan kepada committee Pilihan Raya Kampus pada kali ini kerana bertungkus lumus untuk memastikan perjalanan PRK ini berjalan lancar dan aman.

Berikut dinyatakan keputusan beserta jumlah undian calon-calon yang bertanding.

KULLIYYAH OF ECONOMICS AND MANAGEMENT SCIENCES

MOHD FAHMI – 984 VOTES (WON)
NURUL AIN NAJWA – 490 VOTES
MOHD SOFIYUSSALAM JOHARI – 964 VOTES (WON)
MUNIRAH BT DAMANHURI – 917 VOTES
SHARIFAH NAZIRAH – 454 VOTES


AHMAD IBRAHIM KULLIYYAH OF LAWS

AHMAD MUKHLIS MANSOR – 1052 VOTES(WON)
MASHITAH BT IBRAHIM– 775 VOTES (WON)

MOHD ZAKWAN –556 VOTES
MOHD FAISAL BIN AZIZ VOTES- 590

KULLIYYAH OF ENGINEERING

NOR HANI – 699 VOTES
MOHD KAMARUL HELMI BIN MOHD NAWAWI – 1416 VOTES (WON)
MOHD FIRWAN – 1391 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ISLAMIC REVEALED KNOWLEDGE AND HUMAN SCIENCES
ABD SHUKUR – 1076 VOTES
NORAINI MD DIN – 1661 VOTES (WON)
HAZWANI – 724 VOTES
ZATIL ARIFAH – 2060 VOTES (WON)

KULLIYYAH OF ARCHITECTURE AND ENVIRONMENTAL DESIGN

MOHD FARIZ – 414 VOTES (WON)
MOHD AZWAN – 445 VOTES (WON)
KHAIROL – 367 VOTES
AFIZAN – 380 VOTES

KULLIYYAH OF INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY
MOHD AZIZAT – 257 VOTES
MOHD HAIRUL ZAIM - 315 VOTES (WON)
SHARIFAH UMMU KALTHUM – 324 VOTES (WON)


Semoga kemenangan @ amanah yang cukup berat dikurniakan oleh ALLAH s.w.t. dapat dilaksanakan sebaiknya dengan membawa suara keramat mahasiswa, isu-isu kebajikan terutamanya dan aktiviti-aktiviti berfaedah khusus untuk mahasiswa UIAM dan massa umumnya.Dan kepada semua pelajar,marilah sama-sama kita memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada pemimpin kita bagi memastikan segala perancangan yang bakal dibuat oleh mereka berjalan dengan lancar,InsyaALLAH..

'TAHNIAH' ISRAEL LAKNATULLAH

Posted by Syaheed on 10 January 2009 , under , | comments (0)




Allahuakbar..setakat ni nyawa saudara-saudara kita di Palestin yang terkorban telah mencecah 821 orang manakala seramai 3350 yang cedera..terkilan rasa di hati ni kerana tidak dapat membantu saudara-saudara di sana..hanya doa mampu dipanjatkan memohon pertolongan dariNYA..hanya jeritan laungan dalam demonstrasi sahaja mampu dilakukan untuk menunjukkan bahawa kami bersama kamu..hanya sekelumit tenaga dan peluh sahaja mampu kubuktikan bahawa aku sayang padamu disana..tetapi, apalah sangat semua usahaku ini jika nak dibandingkan dengan jeritan & launganmu menahan sakit & kehilangan orang tersayang..apalah sangat usahaku ni nak dibandingkan denganmu di sana yang mengerah tenaga dan peluh melawan Israel laknatullah..Ya Allah,aku mohon moga saudaraku di Palestin diberikan bantuan dariMU untuk melawan kekejaman ISRAEL laknatullah..Pecah belahkanlah hati-hati mereka Ya Allah..

Di sini, saya ingin ucapkan ‘tahniah’ kepada ISRAEL Laknatullah kerana disebabkan kekejaman mereka, umat ISLAM di seluruh dunia tersedar dari mimpi-mimpi indah..’terima kasih’ tak terhingga juga saya ucapkan kepada ISRAEL laknatullah atas pemberian ‘hadiah istimewa’sempena tahun baru ni kepada kami umat islam di seluruh dunia..kami akan ingat ‘pemberian’ ini sampai mati dan tunggulah balasan ‘hadiah’ dari kami..orang kata, kalau seseorang bagi hadiah, kita kena membalas pemberiannya dengan hadiah yang lagi istimewa..tunggulah ‘hadiah istimewa’ dari ALLAH untuk kamu wahai ISRAEL LAKNATULLAH..

Pembaca sekalian, Israel bagi ‘hadiah’ kat kita..takkan kita tak nak balas pemberian mereka??nnt orang kata kita ni tak mengenang budi plak..hmm,agak-agak apa hadiah yang sesuai yang mampu kita bagi kat mereka?kat bawah ni saya senarai beberapa jenis ‘hadiah’ yang sangat simple tapi menarik yang sangat sesuai untuk dihadiahkan kepada mereka :

1)1) DOA –sangat penting..!!doalah hadiah paling istimewa kita untuk ISRAEL LAKNATULLAH ni..doa paling bagus di waktu genting ni ialah qunut nazilah

2)2) BOIKOT BARANGAN ISRAEL – yang ni memang di wajibkan dari dulu lagi..tapi sejauh manakah usaha kita??tepuk dada tanya iman..kalau rasa kita tak mampu untuk boikot semua, cukuplah boikot barangan yang selalu kita guna seperti jenama NESTLE ,COCA-COLA,MC’DONALD dll..tahanlah nafsu kita dari guna produk2 ni..didiklah diri kita demi memberi sokongan kepada saudara kita di palestin.

3)3) BAGI KESEDARAN KEPADA SAHABAT2 – sampaikan & sebarkanlah berita tentang kekejaman ISRAEL ni kepada semua sahabat-sahabat kita yang masih terlena.

Dunia semakin tua sahabat-sahabat..tanda-tanda kiamat juga semakin banyak terbukti..ayuh!sama2 kita tingkatkan amal kita..moga-moga kita juga dapat menikmati syahid sepertimana saudara-saudara kita di PALESTIN..amenn,,TAKBIR!!


~Berjuang,berjuang & terus berjuang~

Jom kita sama2 buat baik

Posted by Syaheed on 03 January 2009 , under , | comments (0)



Salam Optimis

Allahuakbar3x..mungkin belum terlewat untuk saya ucapkan selamat tahun baru hijrah juga masihi untuk semua pengunjung blog ini..sebelum tu, mohon kemaafan buat semua kerana membiarkan blog ni sepi untuk sekian lama..sebenarnya, mood untuk menulis dalam blog ni semakin berkurang dalam diri saya..tapi apabila berfikir balik,apa tujuan aku menjadi blogger ni,kenapa aku berblog, dan kenapa blog ni di wujudkan, maka aku rasa kembali terpanggil untuk terus berjuang dalam dunia blogger ni..insyaallah..

Sebenarnya, saya kurang berkemahiran dalam bidang penulisan ni..tapi kalau membaca sangat suka..nak menulis ni,aduh,memang memerlukan daya penolak yang kuat..kata seorang teman ni, untuk hasilkan penulisan yang baik ni, kita kena menulis dengan penuh perasaan iaitu yang terlintas dalam hati kita..bukan hanya pandai copy paste tanpa kita pun tak menghayati isi penulisan tu..ok,setakat tu bab penulisan ni..hehe

Apabila bercakap pasal tahun baru ni, kita bermain dengan MASA..apa itu MASA? Masa itu adalah kehidupan..hidup kita di dunia ni makin berkurang apabila bertambahnya masa..so,hargailah masa yang ada dengan melakukan perkara kebaikan selagi termampu dan terdaya..

Sahabat-sahabat, dalam hidup kita ni hanya 4 perkara yang kita perlu lakukan untuk memastikan kita mendapat redha allah dan mendapat jaminan syurga..apa dia 4 perkara tu??Kalau kita tgk firman Allah dalam surah Al-Asr iaitu dalam ayat last skali..” kecuali orang yang beriman & beramal soleh, saling menasihati kepada kebenaran & nasihat kepada kesabaran..”.

Dalam surah al-Asr ni, allah dah cakap terang2 kat kita, kalau tak nak jadi orang yang rugi, buatlah 4 perkara di atas tu..ulama menafsirkan 4 perkara tu, 2 daripadanya adalah untuk diri sendiri iaitu beriman & beramal soleh, 2 lagi dari kita untuk orang lain iaitu ita saling nasihat menasihati..apa yang saya nak kongsi disini ialah, di dunia ni, kita tak leh hidup pentingkan diri sendiri ,kita kena bergaul dengan orang lain & masyarakat ..fastabiqul khairat..kalau semua 4 perkara ni di amalkan oleh setiap orang,insyaallah dunia & akhirat kita akan bahagia..takkan kita nak jadi orang rugi??dalam bisnes pun semua tak nak rugi kan?sebab tak nak rugi dlm bisnes lah, pelbagai strategi perniagaan di buat agar mandapat keuntungan yang banyak..haa,apa kata kita belajar berbisnes dalam berbuat amal ni..tanamkan dalam diri,aku nak dapatkan untung yang banyak bukan saja dalam perniagaan dunia, tapi untuk perniagaan akhirat juga..

Oklah, setakat ni dulu perkongsian saya buat kali ni,moga2 kita dapat gunakan masa sebaiknya.rancang hidup anda sebaiknya..sesungguhnya Dunia sudah semakin tua..kita??masih rasa diri tu muda ke sampai masih menangguh-nangguh untuk berlumba-lumba buat kebaikan??lu pikirlah sendiri..

akhir kalam, saya sayang kamu semua kerana kamu adalah saudaraku seaqidah..ayuh,sama2 kita doakan saudara kita di palestin..dan doakan juga perpecahan di pihak musuh iaitu ISRAEL laknatullah..aminnJ


~berjuang,berjuang & terus berjuang~